Senangnya jaga kulit muka, 3 langkah aje...
Assalamualaikum wbt...
Senangnya jaga kulit muka, 3 langkah aje... | Ada orang dikurniakan kulit wajah yang bebas dari noda dan masalah. Bagi cikla itu memang satu bonus dan anugerah. Akan tetapi, tak dinafikan jugak, ada orang yang mempunyai masalah kulit wajah. Ini akan menyebabkan kita rasa rendah diri, lebih lebih lagi kalau kita berhadapan dengan orang ramai.
Sebenarnya, secara amnya hanya dengan 3 langkah mudah je kita boleh jaga kulit wajah kita. Apakah 3 langkah itu? Jom baca ni....
Langkah 1 : Mencuci muka. Cikla rasa zaman sekarang ni macam macam jenis atau jenama pencuci muka di pasaran. Cuma kita kena bijak mencari mana yang sesuai dengan kulit wajah kita. Tak semestinya produk yang mahal. Kadang kadang, jenama yang murah pun dah ok dah... Asalkan ia memberi hasil yang terbaik. Kalau boleh, jangan guna produk tu campur campur.. Dan kita kena memakainya secara konsisten. Barulah hasil yang kita perolehi nanti memuaskan hati. Ni tak, guna kejap produk A, lepas tu tengok pulak iklan promote produk B, dah tukar pulak... Kita pun tak nampak lagi keserasian produk tu dengan dengan kulit wajah kita.... Guna EPYHRA skin bar pun ok. Sesuai untuk semua jenis kulit. Nak tau lebih lagi pasal ni? Klik SINI. Kalau korang nak tau, kalau pencuci itu ada banyak buih masa kita gunakannya ini akan menjadikan kulit wajah kita kering. Tapi, cikla rasa apa kata sekali sekala kita gunakan sumber sumber alami macam susu, yogurt atau oat untuk mencuci wajah. Pasti hasilnya tak mengecewakan kita....
Langkah 2 : Pelembab. Menggunakan pelembap pada wajah selepas mencuci dan menyegar sememangnya digalakkan. Ia bertujuan untuk menjadikan kulit wajah sentiasa dalam keadaan lembap, walaupun bagi kulit normal memang dah ada 'minyak' secara semualajadi. So, pilihlah pelembap berbentuk losen sebab ia lebih ringan. Tapi, disebabkan faktor seperti cuaca, tekanan dan persekitaran, kadang kadang kulit wajah akan jadi kering. Orang yang mempunyai kulit yang memang jenis kering, adalah sangat digalakkan menggunakan pelembap untuk mengekalkan keanjalan kulit wajah. Pilihlah pelembap bertekstur keras seperti krim. Orang yang mempunyai jenis kulit berminyak, kalau boleh elakkan memakai pelembap sebab kelenjar sebum sememangnya dah aktif mengeluarkan minyak. Tapi, kalau nak pakai jugak pilih pelembap berasaskan air sebab ia mempunyai bahan penyerap minyak. So, takdelah nampak muka tu terlampau berminyak kalau kita menggunakannya.
Siapa yang tak nak mempunyai kulit wajah yang sihat dan cantik berseri kan? - Image credited to google. |
Langkah 3 : Pelindung UV. Zaman sekarang ni cuaca pun dah tak menentu kan. Nak nak pulak, Malaysia ni beriklim panas. So, memang tak dapat nak elaklah pendedahan kulit wajah terutamanya kepada cahaya matahari. Kalau korang nak tau, kulit wajah yang selalu terdedah kepada sinaran cahaya matahari akan menjadikan kulit wajah kita berkedut dengan cepat. So, itulah sebabnya penting kita gunakan pelindung UV tapi dengan kadar SPF kurang 30. Kalau kulit korang jenis berminyak, guna pelindung UV berasaskan bahan mineral dan organik.
Tengok.... Tak susah pun kan? Hanya dengan 3 langkah asas, kulit wajah kita dah 'terbela' pun. Bagi cikla, apa yang penting kita kena rajin dan perlu ada kesedaran jugak dalam menjaga kecantikan wajah kita. Tapi kalau dah malas, bagi petua apa pun memang takde maknanya wehhhhh..... Orang cakap biar kita berkulit gelap, tapi kulit wajah kita sihat dan bebas dari masalah..... Betul tak?
Oklah, semoga bermanfaat. Sekian dulu, wassalam....
Sumber : Ruangan Sekilas Cantik.
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
No comments: