Header Ads

Umat Islam Diharamkan Main Pokemon Go



Umat Islam Diharamkan Main Pokemon Go|KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan memutuskan permainan Pokemon Go dan Pokemon adalah tidak dibenarkan kepada umat Islam. Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata larangan itu diputuskan Isnin lalu selepas mengadakan perbincangan bersama ahli jawatankuasa berkenaan.
Katanya, ketetapan itu juga dibuat berdasarkan nas dan faktor maslahah serta kemudaratan yang berlaku. “Justeru, masyarakat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan diharap tidak terbabit dalam aplikasi permainan berkenaan.
“Selepas meneliti pendapat ulama dan fatwa dikeluarkan (di luar negara), kami berpendapat fatwa dikemukakan ada asas dan permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri perlu dijauhkan jika ia membawa mudarat,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik dalam laman web rasminya, http://muftiwp.gov.my, hari ini.
Zulkifli menjelaskan, permainan itu mengiyakan kuasa dan dewa tertentu yang mempunyai kuasa, ditambah boleh membawa kepada perjudian. “Kami berpendapat hujah yang dikemukakan mengenai hukum bermain Pokemon sebagai haram, mempunyai asas yang kuat manakala Pokemon Go pula, berdasarkan kes lalu, membawa bahaya dari segi pengintipan pihak luar, pencerobohan ruang peribadi, kemalangan serta kelalaian,” katanya.

SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!

No comments:

Powered by Blogger.