Header Ads

Warga Emas Maut Dipenggal Cucu


KULAI - Seorang wanita warga emas maut dipenggal oleh cucunya sendiri di Felda Pengeli Timur, petang semalam.

Dalam kejadian pada jam 6:30 petang itu, Maimon Abdul Samad, 76, ditemui dalam keadaan yang mengerikan di rumahnya, termasuk kepala yang dipenggal berada di hadapan pintu masuk, lapor Harian Metro

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, mangsa dipenggal oleh cucunya yang berusia 19 tahun, menganggur, dipercayai mengalami gangguan mental dan tidak makan ubat sejak beberapa bulan yang lalu. 

"Mangsa ditemui dalam keadaan kepala dipenggal dan berada di hadapan pintu masuk rumah, tubunya di ruang dapur di bawah sinki. Kedua-dua kaki mangsa dipotong di bahagian paha tetapi tidak putus. Kedua-dua tangan dipotong, tetapi hanya sebelah kiri saja yang masih berada di sisi tubuhnya," katanya. 

Selepas kejadian itu, suspek melarikan diri ke ladang kelapa sawit berhampiran. Bagaimanapun berjaya ditangkap pada jam 8:30 malam tadi. 

Polis juga menemui sebilah pisau berukuran 15-18 sentimeter di dalam pasu bunga di luar rumah, dipercayai senjata yang digunakan suspek untuk membunuh mangsa. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - PIXEL MEDIA
Sumber: pixelperfext

No comments:

Powered by Blogger.