Header Ads

Adakah Kita Benar-Benar Perlu Flos Gigi?

Baru-baru ini ada berita yang mengatakan bahawa aktiviti flos ini sebenarnya membazirkan masa kerana ramai yang menyatakan pendapat bahawa kesan yang dihasilkan hanyalah bertahan untuk jangkamasa yang pendek sahaja.

Ada juga kebanyakan artikel yang tersebar di Internet yang mengatakan aktiviti flos ini tidak menjaminkan apa-apa kebaikan dalam memelihara kesihatan gusi dan gigi.

Namun segalanya telah dijelaskan dengan kajian terbaru yang merumuskan bahawa kaedah flos gigi boleh membantu menjaga gigi kita dari jangkitan gingivitis.

Kajian yang lebih lanjut juga mencadangkan kaedah flos gigi ini berguna dalam membantu untuk mengurangkan risiko terjadinya jangkitan gingivitis.

floss gigi

Anda Patut Bersihkan Ruang Antara Gigi

Beberapa kajian terbaru mengatakan ia adalah penting untuk anda membersihkan ruangan antara gigi. Kaedah ini berguna untuk anda berterusan menjaga kebersihan dan kesihatan mulut anda.

Ini kerana berus gigi tidak dapat mencapai ruangan sempit yang berada di antara gigi anda. Di situ kumpulan plak akan terbentuk dan bersarang di situ.

Bakteria tersebut akan menghasilkan asid yang boleh mengganggu kesihatan gusi sekaligus boleh membawa kepada masalah gusi yang lebih serius. Ini boleh mengakibatkan gigi anda menjadi longgar kemudiannya.

bersihkan gigi

Flos Membantu Kurangkan Risiko Kerosakan Gigi

Dengan menggunakan kaedah flos, anda boleh mencuci ruang antara gigi tersebut dan seterusnya mengurangkan keberadaan bakteria di dalamnya.

Seterusnya anda juga akan dapat untuk menguruangkan risiko masalah gusi.

Namun begitu anda juga boleh menggunakan selain dari kaedah flos, seperti menggunakan berus gigi mini yang boleh mencapai ruang-ruang sempit antara gigi  ataupun menggunakan lidi dngan tujuan untuk menghilangkan bakteria tersebut.

Alatan yang sesuai bergantung kepada betapa besar ruang antara gigi anda, apa yang anda gemar gunakan dan adakah anda sedang aplikasikan kaedah yang betul jadi anda boleh berbincang dengan doktor gigi anda tentang kaedah yang sesuai untuk anda gunakan.

The post Adakah Kita Benar-Benar Perlu Flos Gigi? appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.



Sumber SRIKANDI http://ift.tt/2b6Xeb7

No comments:

Powered by Blogger.