Header Ads

Perniagaan Online Bakal Dikenakan Cukai


KUALA LUMPUR - Perniagaan dalam talian mungkin akan dikenakan cukai bagi mewujudkan persaingan yang adil antara perniagaan dalam talian dan bukan dalam talian, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani

"Syarikat yang menyediakan platform perniagaan digital menjana pendapatan berbilion ringgit, namun tidak membayar cukai kerana ketiadaan struktur percukaian untuk perniagaan jenis ini. 

"Kerajaan bukan tidak mahu menggalakkan mereka, tetapi mahu mewujudkan peluang yang sama rata untuk semua pihak yang menjalankan perniagaan dan mewujudkan peluang pekerjaan," katanya, lapor Free Malaysia Today

Namun, beliau berkata perlaksanaan cukai itu kelak boleh membantutkan pertumbuhan kebanyakan perniagaan kecil. 

"Jika cukai dikenakan ke atas mereka, ia akan menyukarkan mereka untuk berkembang. Saya berpendapat bahawa perlaksanaan cukai itu tidak seharusnya menganggu perniagaan kecil yang mahu melakukan perniagaan dalam talian," katanya. 

Menurut Johari, kerajaan telah membentuk satu kumpulan untuk mengkaji perkembangan percukaian dalam ekonomi digital dan perkongsian. - PIXEL MEDIA
Sumber: pixelperfext

No comments:

Powered by Blogger.