Header Ads

Karnival #YouCanDuit – Selepas Terengganu, Kini Di JB

mdec-640

#YOUCANDUIT merupakan satu kempen digital untuk meningkatkan pendapatan tambahan dari kalangan rakyat Malaysia melalui inisiatif digital eRezeki dan eUsahawan yang dianjurkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital (MDEC) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

Pada 28 Mei yang lalu, Karnival #YouCanDuit telah berlangsung dengan jayanya di Hulu Terengganu dengan sambutan yang sangat menggalakkan. Karnival ini bukan saja membawa pelbagai aktiviti menarik mengenai program eRezeki dan eUsahawan seperti kursus pendek dan perkongsian bagaimana untuk mendapatkan pendapatan tambahan secara digital, malah terdapat juga penampilan artis-artis terkenal seperti Datuk Rosyam Nor, Fizo Omar, Ezlynn, artis Maharaja Lawak dan dan Dangdut Star. Maskot Upin Ipin dan Boboiboy juga hadir bagi memeriahkan lagi Karnival #YouCanDuit yang berlangsung selama sehari itu.

Karnival #YouCanDuit akan diteruskan di Persada Johor selama tiga hari bermula 12 Ogos hingga 14 Ogos 2016. Jadi jangan lepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan karnival ini selain daripada mendapatkan tip-tip mengenai program eRezeki dan eUsahawan.

No comments:

Powered by Blogger.