6 Mitos Protein Yang Mengganggu Diet Anda
Kami akan beritahu kebenarannya agar anda dapat memanfaatkan protein sepenuhnya di dalam pemakanan anda. Protein membantu anda berasa lebih kenyang pada jangkamasa yang lebih lama. Ia juga membantu penyembuhan, penyelenggaraan dan tumbesaran otot.
Namun berbeza pula dengan pandangan Jamie Baum, profesor pemakanan dari Universiti Arkansas yang mana beliau merujuk tentang cara pengambilan protein yang sihat dan tepat bukanlah bermaksud anda memasukkan lebih protein dalam setiap yang anda ambil.
Di sini ada beberapa penerangan tentang pengambilan protein yang seringkali disalah erti oleh ramai orang.
Mitos #1: Lebih Protein, Lebih Otot
Fakta pernah menjelaskan bahawa tisu otot tidak akan dapat diperbaiki serta dihasilkan tanpa kewujudan sut lengkap asid amino penting yang hadir di dalam sumber makanan yang mempunyai protein.
Namun menurut Baum, hanya dengan pegambilan protein sahaja tidak mencukupi untuk membina dan menjaga kekuatan dan jisim otot.
Mitos #2: Semua Protein Adalah Sama
Setiap makanan yang masuk di dalam mulut anda (kecuali soda dan air) akan mengandungi sekurang-kurangnya sedikit sumber protein di dalamnya.
Namun menurut Baum lagi, bukan semua sumber makanan yang mengandungi protein mempunyai jumlah asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh anda untuk menyokong kesihatan sel dan otot.
Ini kerana protein di dalam sayuran tidak mengandungi asid amino yang diperlukan oleh badan berbanding sumber daging haiwan.
Mitos #3: Lebih Banyak Protein Di Ambil, Lebih Baik
Dalam proses untuk membina otot dan juga untuk mendapat rasa kenyang yang berpanjangan, ada batasan tentang berapa banyak protein yang tubuh anda boleh gunakan.
Daripada mengambil lebih banyak protein di dalam diet anda, adalah lebih baik jika kita mencari jalan bagaimana hendak mengagihkan protein yang sedia ada di dalam tubuh kita.
Mitos #4: Mengambil Protein Sejurus Selepas Senaman
Menurut Baum lagi, kebanyakan lelaki muda seringkali tersalah anggap mengenai perkara ini.
Mereka berasakan mereka memerlukan susu kocak berprotein tinggi sejurus selepas setiap lawatan ke gimnasium untuk menambahkan kebaikan senaman.
Namun untuk kita secara umumnya, pengambilan protein di dalam pemakanan kita boleh memberikan otot kita apa yang diperlukan untuk memanfaatkan latihan yang dibuat.
Mitos #5: Jika Anda Letih, Maksudnya Protein Tidak Mencukupi
Jika anda berasa letih yang teramat sangat itu menandakan bahawa tubuh anda kekurangan protein.
Namun ini hanya terjadi jika anda benar-benar kehabisan protein, yakni bermaksud tubuh anda mengandungi hampir tiada protein dan bukanlah anda hanya tidak mengambil satu atau dua hidangan yang mengandungi protein.
Namun dalam kebanyakan kes, keletihan bukanlah disebabkan oleh sebarang kekurangan pengambilan protein.
Mitos #6: Ambil Lebih Protein Untuk Turunkan Berat Badan
Baum turut menerangkan tentang bagaimana protein boleh memberikan anda rasa kenyang setiap kali selepas makan untuk masa yang lama.
Namun kesan ini ada hadnya, kerana ada kemungkinan kamu mengambil terlebih protein dan ia masih boleh menjadikan anda gemuk.
Menurutnya lagi, cara terbaik adalah dengan menukar kalori karbohidrat kepada kalori protein berbanding memasukkan protein ke dalam setiap makanan yang anda ambil.
The post 6 Mitos Protein Yang Mengganggu Diet Anda appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.
Sumber SRIKANDI http://ift.tt/2b6XfvH
No comments: