Sayu. bila dapat berita artis legend tanah air ke tali gantung
#KOTA BHARU Berkat bulan Ramadan buat seorang datuk kepada 11 cucu tatkala terlepas dari tali gantung dan hanya dikenakan penjara 12 tahun atas kesalahan memiliki 1.916 kilogram dadah jenis kanabis di mahkamah tinggi, di sini, semalam.
#Hukuman diputuskan Hakim, Tuan Ahmad Bache terhadap tertuduh, Ismail Tuan Yaacob, 58, selepas buruh berkenaan mengaku salah atas tuduhan pilihan yang ditawarkan.
#Tuan Ahmad dalam keputusannya berkata, tertuduh bernasib baik kerana terlepas daripada hukuman mati selepas ditawarkan tuduhan pilihan itu dan umur yang sudah lanjut menjadi antara faktor yang dipertimbangkan dalam memutuskan hukuman tersebut.
#Saya mengambil kira keseriusan kes ini dan jumlah dadah yang banyak iaitu kira-kira 40 kali ganda daripada nilai minimum. Saya juga memutuskan hukuman dengan memberi peluang kepada tertuduh menghabiskan sisa hidup bersama keluarga.
#Tertuduh juga sangat bertuah kerana terkecuali daripada hukuman sebat juga kerana faktor umur. Pun begitu, dalam menjatuhkan hukuman ini saya juga menitikberatkan kepentingan awam melebihi daripada kepentingan diri tertuduh, katanya.
#Tertuduh didakwa memiliki dadah berkenaan di tepi Jalan Wakaf Stan, di sini, pada jam 8.30 malam, 22 Julai tahun lalu. Dia ditahan ketika sedang menaiki kereta jenis Proton Wira Aeroback dalam serbuan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.
#Ketika itu, tertuduh cuba melarikan diri, namun kunci keretanya berjaya dirampas dan pemeriksaan menjumpai dua bungkusan plastik cerah berisi ketulan mampat tumbuhan kering dadah kanabis. Isteri yang berada di dalam kereta tidak mengetahui berhubung dadah berkenaan.
#Tertuduh yang mempunyai tujuh anak dan dua isteri berkenaan diwakili peguam, Muhammad Hasif Hasan, manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Wan Azimah Yaacob.
#Sebelumnya, tertuduh didakwa mengedar dadah itu sebelum peguamnya membuat representasi bagi meminda pertuduhan mengedar kepada pemilikan dadah itu. Pihak pendakwaan kemudian bersetuju dan menawarkan pertuduhan pilihan tersebut.
#Tuan Ahmad dalam keputusannya turut mengarahkan hukuman berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditahan.
Sumber: kekitamedianetwork
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Kami tidak bertanggungjawab keatas segala pandangan terhadap artikel ini. Terima kasih
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
No comments: