Header Ads

Adira Berbadan Dua, Datuk Red Minta Isteri Pertama Hamil Pula

Penyanyi Adira, kini hamil kira-kira dua bulan, berkahwin sebagai isteri kedua Datuk Seri Adnan Abu di selatan Thailand hujung tahun lalu. Foto -Instagram/Adira

Selepas penyanyi Siti Adira Suhaimi disahkan hamil anak pertama, suaminya Datuk Seri Adnan Abu meminta isteri pertama turut hamil semula.

Namun permintaan Adnan, juga dikenali Datuk Red, yang mahu kedua-dua isterinya merasa pengalaman hamil bersama-sama ditolak Syarifah Norshafila Hassim, 30.

“Suami saya juga ada beritahu yang Adira mengandung, dalam masa yang sama minta saya juga hamil sekali.

“Bagaimanapun saya rasa biarlah dulu. Belum masanya untuk saya kembali mengandung,” kata ibu tiga anak, seperti dilapor Utusan Malaysia.

Juga dikenali Datin Red, beliau tidak terkejut ketika mendapat khabar madunya hamil, cuma menasihati penyanyi itu menjaga kandungan dan tidak terlalu tertekan.

Syarifah berkata Adira perlu bertenang memandangkan kandungan baru masuk minggu ketujuh.

“Saya tahu dia mengandung ketika sambutan rumah terbuka Aidilfitri yang lalu. Nasihat saya, agar dia menjaga pemakanan dan jangan stres.

“Saat ini saya biasa sahaja bila tahu dia mengandung, mungkin bila ada anak nanti kami akan berkongsi perasaan yang sama,” katanya.

SUMBER

Sumber: http://www.wanista.com

No comments:

Powered by Blogger.