8 Perkara Asas Anda Perlu Tahu Sebelum Beli Rumah Pertama
Bila tengok saudara mara, kawan-kawan beli rumah dan jana pendapatan dari rumah sewa, terbit pula rasa cemburu di hati. Maka timbullah niat nak beli rumah. Bila nak beli sendiri, tak tahu pula bagaimana cara. Nak bertanya pada kawan, malu pula. Akhirnya sampai ke sudah tak beli rumah, mulut ternganga saja tengok kenalan yang lain suskes.
Sebenarnya, tak susah mana beli rumah. Yang susahnya mulut kita berat nak bertanya. Ilmu ada di mana-mana, sifu-sifu hartanah melambak di media sosial. Seperti Doktor Triple A ini, banyak berkongsi ilmu kepentingan membeli rumah berbanding harta benda lain yang tidak kekal seperti kereta.
Baca perkongsian panduan membeli rumah pertama dari doktor ini. Moga hilang rasa malu dalam diri dan timbul semangat yang tinggi untuk membeli rumah.
Panduan ini asas sahaja. Moga dapat membantu mereka yang mahu membeli rumah pertama.
1. Modal memberi rumah pertama antara 15%-16% dari harga rumah yang dibeli.
(10% deposit + 3% S&P + 2.5% pinjaman + 0.25% penilaian)
2. Asasnya 90% pinjaman untuk rumah pertama. Tetapi ada bank yang menawarkan sehingga 95%. 100% dan 105% bergantung kepada pakej yang pihak bank tawarkan.
(Ada skim rumah pertama yang BSN dan BR tawarkan)
3. Deposit 10% boleh datangnya dari KWSP anda. Boleh berunding dengan tuan rumah untuk tempoh menunggu.
4. Bawa payslip ke mana-mana bank berhampiran untuk meminta pegawainya menghitung kelayakan gaji kita dan berapa harga rumah yang kita layak beli.
5. Buat sedikit kajian dan pastikan hartanah yang hendak dibeli itu mempunyai potensi seperti berdekatan dengan kemudahan awam dan fasiliti yang baik.
6. Buat lawatan di lokasi hartanah pada dua waktu iaitu waktu siang dan waktu malam. Jika padat dengan orang, ada potensi untuk disewakan jika kita mahu meraih sedikit keuntungan.
Jika padat dengan warga Nepal atau Bangladesh, nanti sukar kita nak tinggalkan.
7. Cari rumah yang bersesuaian dengan margin gaji kita. Jangan beli rumah yang terlampau mahal harganya.
Gaji Tahunan x 5.5 = Harga Rumah Kita
8. Jangan mudah jatuh cinta dengan satu hartanah. Lihat dan nilai 100 hartanah, lawat 10 dan belinya 1.
Berusahalah anak muda, kita bukan kerabat diraja. Kita rakyat jelata yang kena berusaha untuk mendapatkan rumah pertama. Caranya, mulakan dengan membawa payslip kita ke bank berhampiran untuk dinilai oleh pegawai bank. - Doktor Azizul | PIXEL MEDIA
Sumber: pixelperfext
No comments: