Zumba Haram Tapi Masih Popular, Mufti Keluar Surat Peringatan
Senaman zumba difatwakan sebagai aktiviti tarian dan senamrobik yang haram disertai umat Islam. Namun ia terus popular di Sabah.
Tarian yang dicipta sekitar 1990-an oleh Zumba Fitness mendapat tempat di negara ini beberapa tahun lalu dan beberapa mufti, termasuk di Sabah, mengharamkan.
Namun selepas dua tahun berlalu, ia masih terus diminati orang Islam. Oleh mufti Sabah terpaksa mengeluarkan surat peringatan khas mengingatkan larang tersebut.
Dalam surat pekeliling bertarikh 19 Julai lalu, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar menggesa umat Islam menjauhi senaman tersebut dengan alasan zumba, antaranya, melibatkan “pakaian mencolok mata, berunsur erotik dan muzik keterlaluan.”
Menurut surat tersebut, seperti disebarkan di media sosial Facebook baru-baru ini, fatwa mengenai pengharaman zumba dibuat pada April 2014 oleh mufti Sabah.
Dihubungi kelmarin, Aziz berkata fatwa zumba haram disebarkan tahun kerana senaman rancak dan dinamik itu semakin mendapat tempat di hati peminatnya.
“Bagaimanapun, keputusan itu masih belum diwartakan melalui undang-undang dan surat ini dikeluarkan sebagai peringatan,” katanya kepada ProjekMMO.
“Agama Islam tidak pernah menghalang golongan wanita membabitkan diri mereka di dalam sukan.
“Namun, terdapat beberapa syarat yang perlu diambil kira kerana bersukan dan beriadah merupakan “hiasan hidup”.
Sumber: http://www.wanista.com
No comments: