Header Ads

Bigbang G-Dragon Kembali Ke Infinite Challenge!

Foto - www.pinterest.com

Infinite Challenge, program aneka ragam nombor satu di Korea, bakal menghangatkan hari anda dengan penampilan khas Bigbang G-Dragon. 

Bakal ke udara pada Sabtu ini 13 Ogos jam 8 malam hanya di saluran Oh! K (Astro Ch. 394), turut serta dalam episod kali ini juga pelakon Kim Hye Soo dan Lee Je Hoon yang pasti akan menghiburkan anda.

Sememangnya G-Dragon adalah tidak asing kepada Infinite Challenge. Tahun lepas sahaja, beliau muncul dalam Infinite Challenge Music Fest Special bersama dengan ahli kumpulannya, Taeyang.

Tahun 2012, G-Dragon juga telah mengambil bahagian dalam Infinite Challenge Office Special di mana dia telah menyamar sebagai anak pengerusi syarikat itu dan mengarahkan sekumpulan ahli dengan tugasan yang pelik-pelik.

Jadi, teruja nak melihat aksi G-Dragon, janga lupa temu janji anda di depan kaca TV pada Sabtu ini hanya di Oh! K (Astro Channel 394).

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ohk-tv.com atau laman Facebook http://ift.tt/1Y0NBdM.

Sumber: http://www.wanista.com

No comments:

Powered by Blogger.