'Cuba Amalkan Suap Isteri & Anak² Makan, Lihatlah Bagaimana Rezeki Datang Mencurah²'
Semasa pergi ke hospital semalam, datang seorang lelaki yang baik mengajak saya duduk berbual kerana dia ada masalah. Dia bercerita yang kehidupan keluarganya sangat sempit dan tidak tenteram. Asyik bergaduh saja dan rasa sakit jiwa.
"Saya dah usaha macam-macam cara dah. Tak tahu nak buat macam mana dah," katanya.
"Abang makan, ada suapkan makanan dalam mulut isteri tak?" saya tanya.
"Tak pernah ustaz," jawabnya.
"Abang pernah suapkan makanan dalam mulut anak-anak tak?" soalan saya kemudian dijawab dengan jawapan yang sama.
"Orang dulu-dulu tak adalah kaya sangat tetapi kehidupan keluarga penuh dengan kasih sayang, rezeki pun cukup saja, rasa tenang dan berkat. Sebab janji Allah dengan menghargai keluarga, rezeki bertambah. Sekarang? Dah banyak keluarga yang tak makan sekali. Ada yang masih makan bersama tetapi sambil makan, tangan sibuk melayan handphone, mata sibuk melayan tv. Ya Allah.
"Bila isteri makan dari tangan kita, terasa bahagia sangat. Bila kita buat kerana cinta, kerana Allah walaupun cuma beberapa suap, terasa nikmatnya. Buat pula tergigit jari sikit. Hehe! Sunnah berjemaah. Juga makan satu bekas yang sama. Sekarang satu dulang rumah saya, kami makan berlima. Kadang-kadang anak pula berebut nak suap mak dan ayahnya sekali sekala.
"Cuba abang amalkan. Orang yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. Kasihilah keluarga, lihatlah bagaimana rezeki datang mencurah-curah," jelas saya padanya.
"Cuba abang amalkan. Orang yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. Kasihilah keluarga, lihatlah bagaimana rezeki datang mencurah-curah," jelas saya padanya.
"Baiklah ustaz. Saya nampak itulah jalan yang saya tidak pernah fikir. Rezeki datang bila kita berkasih sayang dan menghargai keluarga," katanya.
Bila isteri suapkan saya, terasa best sangat nikmat. Ya Allah, inilah nikmat dunia ini. Ya Allah, berilah kami terus dapat menikmatinya dan bersama dalam syurga. - Ebit Lew
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
No comments: