Header Ads

'Aku Tak Respect Perempuan Yang Bertudung Labuh Ini Sebab...'


Terus terang aku cakap, aku tak respect perempuan yang bertudung labuh dan nampak alim ini. Bukan apa, mostly yang aku jumpa semua perangai tak semengah. Aku terpanggil untuk menulis selepas aku baca pengakuan Encik Fadhil mengenai isterinya berpurdah tetapi kaki pukul. Aku senyum sinis saja bila membaca perangai isteri dia itu. 

Nama saja ustazah tetapi mulut dia, nauzubillah..

Setakat berusia 21 tahun ini, aku belum pernah lagi berjumpa dengan perempuan bertudung labuh membawa imej muslimah ini yang boleh mengubah persepsi aku. Kenapa aku berkata begitu? Baiklah, aku ceritakan dari awal.

Semasa zaman persekolahan aku, aku satu kelas dengan dua orang kembar, anak ustazah bernama Ainon Suhada dan Ainon Sahida, si ibunya bernama Ustazah Rosmah. Nama saja ustazah tetapi mulut dia, nauzubillah. Kalau dia kawasan perumahan, semua orang tahu yang ustazah Rosmah ini jenis banyak mulut, habis anak orang dikatanya. Anak orang ini tak elok, anak orang itu tak molek. Habis? Anak dia itu baik sangat ke? Anak dia pun mulut macam longkang juga. 

Pernah ustazah Rosmah masuk kelas aku dan berkata, 

"Dalam kelas ini, anak ustazah lawa sekali. Yang lain semua hodoh," 

Tak tahulah niat dia nak bergurau ke apa tetapi bagi aku, kau ustazah dan kalau nak bergurau biarlah berpada-pada. Riak dan takburnya kata-kata dia itu. Anak-anak dia pun mulut boleh tahan juga. Pernah mereka selamba mengutuk orang itu pendek, orang itu hitam, dan selepas itu ditertawakan dengan ketawa yang sungguh menjengkelkan. 

"Antara Nora dengan Wani, siapa lagi hitam?" 

Allah, dia ini, bercakap tak menjaga hati kawan langsung. Imej bukan main lagi pakai tudung labuh, sarung tangan semua bagai tetapi? 

Dalam pada itu, si anak-anak ustazah ini ada juga rasa nak bercouple. Selepas itu beritahu pada kawan dia sebab mak dia ustazah di sekolah itu, dia tidak boleh nak berdating dengan teman lelakinya. Macam ini rupanya hasil jagaan mak kau yang berstatus ustazah dan bangga sangat dengan anak-anak dia yang lawalah, sucilah. 

Aku tak respect langsung. Itu adalah permulaan aku rasa annoying dengan perempuan pakai tudung labuh dan berlagak dengan imej alim ini. Dia rasa bila pakai pakaian macam itu, dialah paling bagus dan boleh suka-suka hati nak menilai orang itu ini. 

Teman lelaki dirampas adik angkat

Seterusnya, aku bercouple dengan teman lelaki aku ini sudah lama semenjak Tingkatan 1. Aku tertarik dengan dia sebab dia ini nampak alimlah juga. Dulu dia sekolah di sebuah sekolah agama di Kelantan. Selalu kalau dia beri nasihat pun ada unsur-unsur islamik. Aku harap panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Hubungan yang aku jaga elok-elok selama bertahun-tahun akhirnya terputus begitu sahaja. Sebabnya? Orang ketiga dan perempuan itu bertudung labuh. Asalnya perempuan bertudung labuh itu adik angkat dia. Tetapi akhirnya adik angkat sudah terangkat. 

Pada mulanya hubungan kami elok saja. Tetapi semakin lama teman lelaki aku semakin menjauhkan diri dan mulalah kurang berhubung. Kalau dengan adik angkat dia itu, memang setiap hari dia contact. Dalam masa yang sama, adik angkat dia ini ada juga contact aku dan cerita bahawa ramai lelaki yang minat pada dia sehingga teman lelaki aku tak bagi dia didekati oleh lelaki lain. 

Apa kejadahnya nak beritahu aku? Motif? Nak cakap yang dia lawa la? 

Lama kelamaan teman lelaki aku mula complaint yang aku hitamlah, tak lembutlah, tak pakai tudung labuh, serba serbi tak kena di mana dia. Mana tidaknya, dia dah terjumpa 'muslimah sejati' kononnya. 

Tetapi aku stalk Facebook perempuan itu, penuh dengan gambar selfie dan sederet lelaki comment dan memuji kecantikan dia. Macam itu ke muslimah sejati? Setahu aku, muslimah sejati tidak akan show off diri sendiri di media sosial ini. Tetapi dia ini macam dah kebulur sangat dengan pujian jantan hidung belang. Aku sendiri pun tak post gambar selfie di Facebook. Yela aku sedar diri aku tak lawa macam adik angkat dia.

Aku cuba berubah perlahan-lahan demi dia tetapi dia langsung tak nampak. Apa yang dia nampak adalah jaga adik angkat dia yang alim dan putih melepak itu. Jauh beza dengan aku yang hitam manis dan bertudung biasa ini. Dia tak nampak dah aku yang serba-serbi kekurangan ini. 

Bila sudah lama tak contact, dia pun buat hubungan kami gantung tak bertali. Aku sudah mula tawar hati dengannya. Memang sudah lama sangat tak contact tetapi aku masih berharap dia berubah kembali seperti dulu. Namun, harapan tinggal harapan bila satu hari adik angkat dia mesej aku dan kata teman lelaki aku ajak dia berkahwin. 

Ya Allah, rasa nak tercabut jantung ini. Sedih gila-gila. Sampai hati mereka buat aku macam ini. Dengan tak beri kata putus, contact sekejap kemudian hilang. Sentap weh! Yelah, teman lelak aku itu alim, perempuan itu pun alim, orang-orang macam itu yang membuatkan hati aku hancur berkeping-keping. Aku ingatkan teman lelaki aku yang alim itu akan menjadi imam dan mengubah aku ke jalan yang lebih baik. Tetapi mungkin dia tidak sebaik yang aku sangkakan. Aku ini ibarat batu penghalang kepada hubungan mereka. Sedangkan si gedik itu orang ketiga, ganggu hubungan orang, perampas. 

Tak mengapa kau buat aku begini.Kau bahagia atas derita air mata orang lain, kau tunggulah kifarahnya. Aku takkan maafkan perbuatan kamu berdua sampai bila-bila. Dan jantan tak guna itu sanggup tinggalkan aku demi adik angkat kesayangannya. 

Mungkin sekarang mereka sudah bercouple. Yelah, batu penghalang sudah tiada. Cinta pertama yang sungguh pahit dan kalau aku boleh undurkan masa, aku tak nak kenal dengan mereka. Sumpah. 

Kawan baik terlanjur dengan teman lelaki orang lain

Kemudian aku sambung belajar di sebuah universiti tempatan di sebelah utara. Aku berkawan baik dengan seorang perempuan bertudung labuh, pakai purdah bernama Rozita. Kalau dia ada masalah cinta, dia akan cerita semuanya pada aku. 

Ceritanya, dia menaruh hati pada seorang senior namanya Muiz. Dah terang-terang kawan baik aku itu tahu yang Muiz sudah mempunya teman wanita bernama Mastura. tetapi dia tetap mahu mencuba juga dan entah macam mana mereka berdua boleh jadi abang/adik angkat. 

Aku ini dah anti sangat-sangat dengan hubungan abang dan adik angkat ini. Puas beberapa kali aku menasihatkan dia, tetapi dia tidak mahu mendengarnya. Padahal aku rasa Rozita itu pun tahu yang Muiz ini sekadar mahu mempermainkan dia. Yelah, Muiz ini kalau berchatting dengan kawan baik aku ini, lebih-lebih, dok cakap tentang perkara dalam selimut. 

Weh! Kita boleh fikir logik akallah. Kalau lelaki itu nak try kita, nak main-main, mesti akan cakap perkara lucah seperti itu untuk melihat sama ada perempuan layan atau tidak. Nak lagilah kawan aku ini bawa imej perempuan bertudung labuh, memalukan sungguh!

Muiz ini kalau dengan Mastura, tak ada pula bersembang lucah seperti itu. Nampak sangat kan? Si Muiz itu saja nak jadikan kawan aku sebagai stok 'geli-geli' saja teatpi aku tak faham kenapa kawan aku itu buta mata pula. 

Satu hari, kawan aku beritahu yang Muiz mahu berkahwin dua. Isteri pertama Mastura dan dia sebagai isteri kedua. Kalaulah aku jadi Rozita, memang aku blah. Aku memang geram juga dengan si Rozita itu sebab kisah dia leibh kurang dengan kisah cinta aku. Kenapa nak jadi orang ketiga, perampas dan ganggu hubungan pasangan lain? Memang orang pakai tudung labuh macam ini ke? Buruknya perangai. Selepas itu acah-acah baik dengan membawa imej perempuan alim. 

Satu hari, Rozita menangis-nangis memberitahu aku yang dia sudah terlanjur dengan Muiz. Aku hanya mampu menggelengkan kepala dan aku tak mahu berkawan dengan dia lagi. Aku tak menyangka yang dia sanggup melakukan perbuatan sejijik itu. 

Perangai roommate tak setanding perwatakannya

Tidak lama selepas itu, Alhamdulillah aku dipertemukan dengan seorang lelaki yang cukup baik walaupun luaran dia tidak nampak seperti orang alim, tak pakai kopiah, berserban bagai. Tetapi dia rajin solat lima waktu, hormat orang tua dan dialah kini menjadi suami aku. 

Walaupun sudah bernikah, aku masih lagi bergelar pelajar universiti. Semester baru, aku sebilik dengan seorang perempuan bertudung labuh juga. Aku harap dia akan mengubah persepsi aku terhadap perempuan bertudung labuh ini. Satu semester aku sebilik dengan dia, memang rasa macam speechless, geleng kepala. Okaylah, pertama kali tengok dia macam okay. Tetapi satu semester aku duduk sebilik dengan dia, aku tahulah macam amana.

Mula-mula itu, semua barang aku dia nak pinjam. Contohnya iron, water heater, charger, laptop, habis semua barang aku dia nak pinjam. Tetapi aku tak kisah sangat, cuma yang aku kisahkan sangat ialah bila dia nak pinjam kasut suka kesayangan aku untuk pakai semasa jadi fasilitator pelajar baru. Kasut mahal dan baru saja dibeli. Aku pakai pun jaga elok-elok, tak pijak lecak ke, lumpur ke apa. 

Satu hari aku baru balik dari kelas, tengok kasut aku tunggang langgang depan pintu rumah dengan penuh lumpur dan dia? Tidur tergolek, penat sangat agaknya. Tak apalah, aku bagi dia masa sebulan dua bulan. Sampai nak dekat tiga bulan kasut sukan aku berlumpur macam itu bersepah di luar tak dibasuh. Semakin hari semakin geram dan sakit hati aku. Bila ditanya, dia akan cakap, nanti Anim basuh. Bengang weh! Nanti itu bila? Tunggu nak masuk sem depan? Last-last dengan rasa annoying gila, aku pun basuh kasut itu sendiri. 

Kurang ajar dan pantang betul aku orang pinjam barang aku dan buat macam ini. Sudahlah kalau dia nak basuh baju, dia letak bakul berisi baju kotor dia itu di atas katil aku. Kadang-kadang aku tengah bergolek di atas katil pun dia selamba letak, cakap tumpang. Geram aku. 

Selain itu dia suka ajak kawan-kawan dia yang geng tudung labuh melepak di bilik kami. Aku tak kisah sangat tetapi kawan-kawan dia pun kurang ajar juga. Baru pertama kali aku tengok, cakap aku kurus keringlah, apalah. Mulut mereka macam bangkai! 

Ada sekali itu, aku nak keluar semasa mereka lepak dalam bilik. Kemudian semua tengok aku dari atas ke bawah dengan pandangan pelik. Aku pakai tudung, t-shirt lengan panjang dan seluar jeans saja. Mereka tengok aku macam tengok Alien tersesat di bumi. 

Pernah sekali aku overnight dengan suami aku. Yelah, jarang berjumpa, sekali sekala aku bawa balik bilik. Terperanjat aku bila tengok bilik macam tongkang pecah! Dia ajak kawan sama usrah dengan dia tidur di bilik kami. Rasa nak naik angin saja tengok stokin yang sudah dipakai bersidai di atas katil aku, dengan kain batik basahan terlonggok di atas meja study aku. Cadar aku bersepah, selimut entah ke mana. Selamba gila mereka ni. Aku tak tahulah siapa yang bertuah dapat beristerikan perempuan-perempuan macam dalam kisah aku ini. Pandai-pandailah ubah perangai mereka ini. 

Maaf, bukan kecam perempuan bertudung labuh tetapi...

Akhir kata, aku mohon maaf kepada semua perempuan bertudung labuh di luar sana. Aku bukan nak mengecam kau orang tetapi bila kau sudah membawa imej islamik, tolong jaga cara pembawakan diri. Tunjukkan contoh yang baik kepada kami perempuan yang bertudung biasa ini atau bahkan perempuan yang freehair. Jangan pula perangai kau orang lagi teruk dan memalukan. 

Ada juga suami aku bertanya kenapa aku tak pakai tudung labuh. Tetapi aku cakap aku sedar diri yang perangai aku kadang-kadang tak semengah juga. Aku tak nak nanti disebabkan perangai aku seorang yang tak elok, orang akan beri persepsi buruk pada perempuan yang pakai tudung labuh. 

Bagi pendapat aku, kalau kau dah pakai tudung labuh, kau kena jaga semua. Cara bercakap, bergaul dan semualah. Biarlah aku tak pakai tudung labuh, asalkan tudung aku tutup dada, tak jarang, tak ada bongol unta. Aku pun tak terfikir nak pakai purdah sebab bagi aku, perempuan yang cantik saja layak untuk memakai purdah. Yelah, kalau muka dah cantik sangat, tiap kali lelakitengok boleh naik nafsu. Kira muka dia itu auratlah, sebab itu kena tutup. 

Aku tergolong dalam perempuan bermuka biasa, tak payahlah aku pakai purdah. Kalaulah aku belum kahwin dan pakai purdah, aku tak nak nanti suami aku rasa macam abang Fadhil yang punya high expectation ingat muka isteri dia lawa. Last-last muka tak lawa langsung. Buat malu saja. Dah yang beria nak tutup, dah kenapa? Akhir kata, maaflah kalau ada salah, cuma nak meluahkan rasa hati yang sudah lama terpendam. - Sis | PIXEL MEDIA
Sumber: pixelperfext

No comments:

Powered by Blogger.