(Video) Peragut Maut Dilanggar Kereta Mangsa Ragut
Sebelum kejadian, mangsa dalam perjalanan dari pulang dari tempat kerja, jam 2.30 pagi kelmarin. Namun, ketika berhenti di Lebuh Farquhar, suspek berusia 42 tahun, menunggang motosikal jenis Honda EX5 datang dan membuka pintu kereta serta melarikan beg sandang mangsa.
Mangsa cuba mengejar suspek sejauh satu kilometer tetapi kereta Proton Persona yang dipandunya itu dipercayai hilang kawalan lalu melanggar dan menggilis suspek.
Akibatnya, suspek cedera parah di bahagian kepala dan badan dan disahkan maut serta merta di tempat kejadian.
Mayat lelaki terbabit telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat. - PIXEL MEDIA
Sumber: pixelperfext
No comments: