Header Ads

Bila Kerja Engineer, Orang Ingat Kita Hidup Mewah, Tetapi...


Saya grad tahun lepas dan sudah bekerja selama 10 bulan sebagai engineer di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Dalam tempoh 10 bulan ini, saya mahu berkongsi sedikit sebanyak apa yang telah saya lalui sebagai 'engineer'. Bukan nak kongsi bebanan kerja atau tentang dunia tetapi tentang pandangan masyarakat kita. 

Saya mula bekerja dengan gaji RM2,500 dan masih tinggal bersama keluarga. Nak kata untung sangat kan? Tak, kedua-dua ibu bapa saya tidak bekerja. Jadi, sayalah yang menanggung segala bil memandangkan saya anak sulung dalam keluarga. 

1. Orang selalu ingat bahawa gaji engineer ini besar dan serba serbi berkemampuan

Saya ada banyak tanggungan sejak ibu bapa tidak bekerja kerana sakit. Jadi, pendapatan bulanan saya boleh dikatakan 70% digunakan untuk keluarga dan rumah. Baki yang tinggal untuk duit kos petrol dan kereta. Tetapi saya bukanlah jenis tunjuk senang atau susah pada umum. 

Disebabkan itu, ramai yang menyangka saya hidup senang. Bila terjumpa kawan, mereka minta belanja. Memang saya tahu rezeki kita murah kalau belanja orang. Tetapi dengan RM5 dalam purse, nak belanja 3 orang kau rasa dapat apa? Bila saya cakap saya tak ada duit, tiada seorang pun yang akan percaya. 

Hari raya pun saya dah tak bagi duit raya pada sepupu-sepupu yang kecil sebab tidak berkemampuan. Dengan perbelanjaan balik ke kampung lagi dan sebagainya. Ada pula yang mengata saya engineer yang kedekut.

"Kerja engineer tetapi kedekut. Simpan duit banyak-banyak buat apa?"

Yang paling tak boleh blah, kadang-kadang anak-anak tak minta pun duit raya tetapi ibu bapa mereka menunjuk-nunjuk jari mereka pada saya, suruh anak-anak minta duit raya. Duit raya bukan wajib ye. Cuma menggembirakan anak kecil itu adalah pahalanya. Parents kena ajar anak-anak bahawa duit raya itu tidak wajib.

Saudara mara semua lagi berminat nak mengetahui berapa gaji dan elaun sebulan saya dari ingin tahu mengenai pengalaman bekerja dalam bidang pembinaan. Kebanyakan masanya, memang rasa menjengkelkan. Haha!

2. Kahwin mesti grand

Saya plan nak berkahwin pada tahun hadapan tetapi serba ringkas sahaja tanpa hantaran, tanpa pelamin besar dan sanding. Hanya masjlis kecil sahaja. Namun ada mulut yang bersuara. 

"Hai? Takkan engineer kahwin sengkek macam ini saja?" 

Ada juga yang suruh saya cari pasangan yang lebih sesuai dan berkerjaya seperti saya. Tetapi saya tidak endah. Kumbang yang saya nak itu hanya ada satu sahaja. Biarlah tidak kacak, tak kaya atau tak ada kerja bagus ke.

3. Orang expect kau pakai barang branded

Saya suka beli barang murah. Even baju pun saya beli bundle saja. Selipar pun pakai selipar Croc tiruan. Tudung tak pernah lebih dari RM15. Namun saudara mara semua menjangkakan kau pakai barang branded, bergaya. lagi mahal since kau kan engineer. 

4. Kenal mana kawan, mana lawan

Dalam keluarga besar, keluarga saya boleh kata yang paling tak senang. I mean my parents kerja biasa saja dulu. Kemudian bila ada hari keluarga atau rumah terbuka untuk makan-makan, kami tidak pernah dijemput. Saya tidak kisah tetapi dalam hati parents kita mesti sedih bila keluarga sendiri menyisihkan sebab kita bukan orang kaya. 

Tetapi bila dah kerja dan saudara mara dapat tahu kita dah jadi engineer, surpisingly kami dapat jemputan ke semua majlis. Kalau dulu datang join mana-mana majlis, tak ada seorang pun yang sudi bersembang dengan kita. Tetapi sekarang semua nak ajak bersembang dengan kita. Tetapi kalau semua nak ajak bersembang, semua nak ajak buat aktiviti sama, macam fake sangat. 

5. Masa itu emas

Janganlah terasa kalau ada engineer yang tiada masa untuk awak. Ada yang kena kerja 6 hari seminggu, ada yang 2 minggu sekali dapat cuti. Please, please, please fahamilah yang mereka tidak mempunyai banyak masa free. Jangan sedih atau tersentuh kalau kawan-kawan tak dapat kenduri kahwin kita ke, open house. Dengan cuti sehari itu sajalah nak kena layan keluarga, nak beli barang keperluan. Jadi cuti sehari mereka itu adalah amat berharga. Of course priority pada keluarga. 

6. Merancang

Perancangan saya adalah untuk mencari pengalaman selama saya belum ada anak dan komitmen lain. Bila saya suarakan yang saya mahu menjadi suri rumah selepas ada anak di masa akan datang, ramai yang mencemuh dan mendakwa saya bodoh. 

"Belajar tinggi-tinggi tapi nak jadi suri rumah, duduk di rumah saja. Bodoh, tak ada masa depan."

Hello! Memang saya planning nak jadi surirumah tetapi bukan semata-mata surirumah. Lebih kepada bekerja dari rumah. Judgemental betul masyarakat kita ini. 

Ketahuilah bahawa engineer juga adalah manusia biasa. Orang luar mungkin menganggap kerjaya engineer ini sebagai kerjaya yang gah. Yang kerja dalam bidang ini saja yang tahu macam mana kena korbankan masa dan tenaga. - Cik Ta | PIXEL MEDIA
Sumber: pixelperfext

No comments:

Powered by Blogger.