Demi Anak, Bapa Sanggup Kendong Sejauh 28 Km Untuk Hantar Ke Sekolah
Bapa mana yang tak sayangkan anak. Kalau anak yang jenis normal pun perlukan perhatian ini kan pula yang kelainan upaya.
Di China, seorang bapa terpaksa mengendong anak lelakinya sejauh 28 km setiap hari semata-mata untuk menghantarnya ke sekolah sejak September, tahun lepas.
Xiao Qiang tidak mampu berjalan sendiri walaupun usianya sudah pun mencecah 12 tahun.
Dari usia 3 tahun Xiao Qiang diuruskan oleh bapanya, Xukang. Kedua orang tua Xiao Qiang telah pun berpisah.
Xiao Qiang gagal mendapat tempat di sekolah-sekolah yang berhampiran dengan rumahnya kerana pihak sekolah beranggapan Xiao Qiang tidak mampu belajar dan gagal untuk berkomunikasi dengan pelajar lain secara normal.
Hanya sekolah yang sangat jauh dari rumahnya saja yang menerima Xiao Qiang.
Pengorbanan Xukang dibalas dengan keputusan cemerlang dari Xiao Qiang dan ini membuatkan Xukang bangga dengan anaknya itu. Walaupun dia tergolong dalam golongan kanak-kanak istimewa namun masih dapat meraih ranking pertama di kelasnya.
Difahamkan, setelah kisah ayah dan anak ini menjadi viral, pihak kerajaan China akan menyediakan tempat tinggal yang berdekatan dengan sekolah Xiao Qiang supaya ayahnya tidak perlu bersusah payah mengendongnya sejauh berpuluh-puluh kilometer hanya untuk menghantarnya ke sekolah.
Sumber: mynewshub
Sumber SRIKANDI http://ift.tt/2aKnatI
No comments: